ADIK-BERADIK kepada kanak-kanak yang disembelih bapanya ditenteramkan  saudara mereka di Kampung Sungai  Keladi, Kota Bharu, pagi tadi. Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, 3 tahun, mati di tempat kejadian manakala  bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri.  - Foto Adnan Mohamad
Aug 24, 2010 4:37 pm
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui mati  dengan lehernya terkulai dipercayai disembelih oleh bapanya sendiri,  dalam kejadian di Kampung Sungai Keladi, di sini, semalam.Sebelum kejadian, mangsa, Mohamad Adam Mus-zahffar, dikatakan mengikut  bapanya itu, Muhaimin Sauntar, 33, ke dapur rumahnya, sebelum disembelih  menggunakan sebilah pisau.  
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan  Lazim, berkata kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari,  ketika mangsa berada di rumah bersama   ibu bapa serta seorang adiknya  berusia dua tahun.Beliau berkata, daripada maklumat yang diterima,  suspek pernah menjalani rawatan mental sebelum ini, dipercayai bertindak  menyembelih anak kedua daripada tiga beradik itu tanpa diketahui  motifnya.
Katanya, mangsa yang cedera parah pada  leher  dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian dan suspek turut  mencederakan lehernya menggunakan senjata yang sama. Setakat  ini motif kejadian masih dalam siasatan dan kes ini diklasifikasikan  mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mayat  mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk  dibedah siasat, katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.    Mazlan berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menahan seorang  suspek berusia 33 tahun dan menjumpai sebilah pisau yang dipercayai  digunakan dalam pembunuhan itu.
Sementara itu, ibu mangsa, Nik  Suzila Nik Hashim, 32, berkata sebelum kejadian, beliau sempat berbual  dengan suaminya di ruang tamu rumah mereka, sebelum suaminya mengadu  berasa panas, lalu menuju ke dapur rumah. Katanya, pada masa yang sama, mangsa yang amat manja serta rapat dengan suaminya, bertindak mengekori ayahnya ke dapur.
Beberapa minit kemudian saya terdengar bunyi jeritan anak kami, lalu  bergegas ke dapur sebelum melihat suami sedang menyembelih mangsa  menggunakan sebilah pisau.Terkejut dengan tindakan suami itu,  saya kemudiannya menjerit minta tolong, sebelum melihat suami  kemudiannya bertindak mencederakan lehernya sendiri dengan pisau yang  masih ada di tangannya, katanya.
Nik Suzila berkata, beliau  bersyukur dua lagi anaknya iaitu Nur Syafikah, 8, tidak cedera kerana  berada di sekolah manakala yang bongsu, Siti Aishah, 2, berada  bersamanya di rumah ketika kejadian berlaku. 
*      *      *      *      *      *      *      * 
           sangat kejam dunia zaman sekarang.. hampir setiap masa ada saja berita yang mengejutkan telah berlaku..... kebanyakkan  mangsa adalah dari kalangan kaum yang lemah atau kanak-kanak......  
        kalau tidak dibuang baby tu... dibunuh.. manakala bagi kaum wanita.. kalau tidak dirogol dieksploitasi..... ke mana kah arah utk kaum2 ni bertapak dgn selamat??? persoalannya.... mengapa manusia makin ramai yang bernafsu binatang!!!! 
                                    Al-Fatihah buat Arwah Mohamad Adam Mus-zahffar..                                        Semoga rohnya tenang di akhirat sana.... =) AMIN~~ 
!! PETANDA DUNIA HAMPIR KIAMAT !!
                        



 
2 comments:
isk kalu dah tau sakit mental xpyah kawen, beranak pinak sumer...
manusia=binatang..no, in fact lbey truk dr binatang..
binatang pown tau sygkn anak..
taw xpe... kalo da taw gler tp ad nafsu..... kawen tp jgn ad anak... hukum gantung je owg mcm tu...
Post a Comment