Voting

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

!! A.d.s !!

Wednesday, February 29, 2012

Hari Bersejarah......

seperti yang dinyatakan pada tajuk di atas.. aku sendiri tergamam... seakan tidak percaya bahawa aku menamatkan zaman bujang aku dengan cepat.... pada hal aku rasa mcm baru semalam aku bertunang.. jumpa da la susah.. masa tunang jumpa sebulan sekali... time "couple" jumpa seminggu sekali.... nmpk nya aku akan bercinta selepas kahwin la dgn puas.....sepuas-puasnya... hahaha =) bercinta lepas kahwin mmg indah.. aku bahagia sangat.. tp yang aku nak cerita sekarang bukan zaman aku bercinta lepas kahwin tp sebelum kami mengikat tali yang tersimpul rapi di hati semasa kami diijab kabul kan.... walaupun sudah hampir tiga bulan berlalu... dengan gembiranya aku mengingati hari bersejarah dalam hidup aku... seakan tak percaya.. adakah kau dan aku mmg ditakdirkan bersama... dan adakah kita akan melangkah bersama-sama untuk menuju ke syurga idaman...... (cewah semenjak dua menjak dah kahwin ni.. makin puitis lak idea aku.......)

pada hari jumaat (11.Nov.2011) telah selamat aku dinikahkan dengan pasanganku MUHD LOTFI BIN AZMAN....  tarikh ni dia yang pilih dan bapa dia dtg ke rumah untuk menentukan tarikh pernikahan pilihan si dia pada 4.Sept.2011 (sempena besday aku yang ke26)... sekali betul daa sangkaan aku.. 6 bulan tunang aku nikah.... mmg jodoh pertemuan di tangan tuhan.. dia yang menentukan segala nya.... aku pasrah dan terima dengan hati yang berbunga riang... walau pun pada masa tu aku rasa mcm ye ke tak aku nak nikah ni.. perangai tak matang lagi.. panas baran aku tak kurang lagi... tp aku berserah semua pada Allah SWT... mudah-mudahan doa yang aku pohon sebelum ni termakbul (ni masa sebelum nikah tau...).. maka dengan selamatnya dan berjayanya kami diijabkabulkan di rumah aku yang sederhana pada pukul 3 petang hari jumaat.....

pada keesokan harinya... pagi2 lagi aku dah bergerak ke Muar.. Al-maklumlah aku ni nikah gantung.. tp majlis belah lelaki still berlangsung seperti biasa....12.11.2011.. aku bersanding dirumah lelaki @ jemput menantu... kami bersanding mengenakan pakaian berwarna "gold"... nasib baik aku ditemani oleh teman karib ku yang sanggup datang ke Batu Pahat dan menemani aku ke Muar.. mula2 aku nak suruh dia jadi "pengapit" aku... tp dia segan.. so.. aku suruh la adk aku yang nak SPM hari selasa tu... jadi pengapit aku... tak apa lah.. ambil berkat.. mana taw jodoh dia cepat.... masa semua family aku tinggal kan aku dan balik semual ke BP.. aku menangis.. sedih kot.... tetiba rasa mcm haru je lubuk hati aku ni... nak kata tak pernah berpisah dgn mak... tipula.. hampir 5 tahun aku merantau ke tempat lain.... tapi kali ni.. perasaan tu berbeza bila aku berjauhan dgn family aku.... (xpe lah.. dah lepas pun....)

pada hari AHAD (13.11.2011) kami bangun awl.. (masa ni aku mmg dah kt Muar da.... duduk rumah mertua)... hari ni kami mengenakan pakaian berwarna "ungu" untuk sesi fotografi outdoor... puas juga la aku berjalan dgn baju pengantin tu.. siap naik kapal lagi... ingat senang ke.. nak naik kapal dgn baju yang melekat kat badan aku... tp walau pun hari tu memenatkan.. tp aku happy sgt.. mcm tak percaya je aku dah berkahwin.... Alhamdulillah.. segala urusan kami dipermudahkan... dan semuanya berjalan lancar.... walau pun dah berlalu.. namun perkara ni masih jelas di ruang mata ku... Semuanya indah belaka.... mmg berbaloi...


.: Indahnya Bercinta Selepas Di"ijabkabul"kan :.

No comments: