Voting

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

!! A.d.s !!

Wednesday, March 9, 2011

!! Selamat Malam !!

malam2 buta mcm ni aku ley on9 lagi erk.. aku gian nak menaip.. ntah ape yang nak ditaip aku pown tataw.... kowg folo je la ape yang aku taip.... citer skang bukan pasal taip menaip.. citer skang aku nak menaip tapi tataw nak taip ape... yang aku menaip je la... ley tahan gak ayat aku... da mcm keling da aku rasa.. balik2 ulang ayat yang sama..

sempena malam2 buta ni hah.. aku nak citer sket....(jap pk idea...) aku nak citer mende yang aku tak pk... contoh pown aku tataw nak bagi contoh ape sebab aku ni mmg mls nak berpk... meh la aku citer pasal report industrial training aku kt JKR... the latest aku kene submit report tu pada MADAM on 14th.MAc.2011 (MONDAY) on whatsoever... i try my best to finish up all the report until chapter 3...oh my goosh.. what gonna happen... this weekend ad big event kt umah aku lagi... ehehe.. aku lak yang excited.. event pasal akak aku nak berTUNANG... ritu aku citer pasal risik je.. aku kene risik pown citer pown xabes lagi... sebab aku segan....(aku ni mmg pemalu dak nye....gitu la gamaknye cik bedah oiii..) kalo cik eton taw..(mak comel aku) agak naya gak tok diri sendiri.. biasa la.. anak mak.. kompem perangai ikot pereangai mak... perangai ayah pown sama... tu kompem anak mak eton + (arwah) pak salim...

*semoga roh ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan.. ditempat orang yang beriman... Al-Fatihah...AMIN~~

xpe la.. aku cuma harapkan yang terbaik tok majlis yang berbahagia ini... mak aku da stress da... jgn darah die naik da.. dok pk sape nak dtg... ape nak wat.. ape nak kemas.. aku pown xpasti ape yang mak aku pk... tp yang pastinya... anak angkat mak aku.. ktowg panggil die ALONG... skang die menetap dgn husband die kt Kuantan,Pahang... die baya aku.. tp skang da kawen da.... mmg kami rapat dari sekolah lagi...ni mmg best friend aku.. tp aku segan dgn die.. die ni pandai.. tp sempoi je.. dari dulu kini dan selamanya.... (mcm biasa aku da melalut...) yang aku nak ceciter ni.. mak aku excited yang ALONG nak balik masa akak aku tunang.... happy je mak aku... yela Along pown anak gak... sama je ngn ktowg ni... da pk da mak aku nak masak ape.. cumel gela perangai.. bila aku nak jadi mcm mak aku.. sentiasa cumel and sgt pandai wat keje umah.. mmg superb... mmg owg lain pown ley ckp mak diowg superb kemas umah... tp bagi aku... mak aku mmg sangat handal dalam mengemas rumah..(bukan sebab tugas hakiki..) tp sebab mak aku dari kecik dilatih tok mengemas dan memasak..(owg dodulu kan mmg mcm tu...) then, nak aku ni sangat rajin.. sampai turn anank yang bangsu (akulah tu....) aku rajin memasak je.. mengemas bila perlu.. aku pon xpasti.. mebi mengemas ada orang lagi expert dari akulah... iaitu kakak aku... die kalo wat keje teliti... aku mmg xley kalo wat keje sama2 dgn kakak.. nti aku panas.. menyirap je... asik die je tol.. asik kene dgr ckp die je... degil tol...

berbalik pada point pertama... aku nak citer pasal report aku... yang byk lagi xciap.. (yela kene wat baru.... pendrive aku hilang... iskh3...) xpela.. aku try the best la.. nak finish up the report... janji aku puas hati dapat menaip di malam kelam di kala hari maw hujan..... (^-^)

Tuesday, March 8, 2011

!! 10 petanda??? !!

okai.. actually aku dapat info ni dari member aku.. SHAI... thanx la tetibe aku tergerak nak buka FB ko.. aku pown terbaca satu article.. mcm best je.. why not aku share dgn kowg tok tambah pengetahuan kita.. kekedang mende ni kite anggap remeh sebab mcm dak2 percaya mende2 ni.. tp ni jua mungkin salah satu faktor tok kite berfikir sejenak ape yang telah dikatakan.... mende ni pown buka aku wat wat.. aku just copy paste.... let's take a look....

*  *  *  *  *  *  *
Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

--------------------------------------------------------------------

Thursday, March 3, 2011

!! HANDBAG oh HANDBAG !!

aku tataw nak citer ape.. tp ada mende yang aku nak citer.. ehehe.. (malu lak)..ape yang kowg terpikir bila sebut pasal handbag.. ye la kita ni kan pompuan.. bila sebut pasal handbag.. it just something important rite... ye la kt situ la brg2 keperluan seperti hp, perfume.. make up, car key and so on la... so senang citer kalo handbag tinggal.. mcm susah je nak idop.. silap2 reminder pown letak dlm handbag..

kalo aku la.. bagi aku.. makcik2 je yang pakai handbag.. walaupown ad sesetengah owg yang pakai handbag nampak sophiscated... xdla.. bagi aku lah... kalo kita salah pilih handbag.. it will disaster ur style.. ye la.. style da vouge tp handbag mcm makcik 50an.. ehehe..
sebenarnya aku ada kisah disebalik handbag ni.. (mcm memalukan diri sendiri je..)

ritu.. dlm minggu lepas kot.. aku dgn sepet kua.. mcm biasa g tgk wayang kt BP MALL... pastu g square one.. tujuan asal nak beli PAPAROTI.. abg ngah (adik aku) yang kem... ley lak die kol sepet bukan aku.. wat malu aku je.. (maaflah ye.. mmg salu menyimpang..) citer nya mcm ni.. smpi SQUARE ONE ktowg jenjalan la dulu... ternmpk lak adik aku IERA @ sungkai.. (aku lupa die keje ritu..) terserempak dgn die.. die nak g toilet.. aku lak jalan2 tgk SALE kt PArksoN.. ad lak handbag... (penggembaraan pown bermula....*sadis tol..) tetibe lalu kt tmpt handbag yang tgh offer.. die pown ajak la singgah tgk handbag.. aku pown layan je la.. mcm biasa aku xsuka @ xminat sgt kt handbag ni.. kalo mcm sling bag.. mmg aku gela...

die pown dok belek2 handbag yang ad kt situ..

sepet: bby pilih la handbag.. ne yang santek.
aku: ntah erk.. bby ne taw pasal handbag.. ehehhe.. (aku tersengih mcm kerang busuk..)
*dengan ikhlas aku menjawab.. salu owg pompuan ni ad yang gela handbag.. tp aku.. ntah erk.. mebi sbb aku xbpe nak pompuan sejati sgt kot..
sepet: yang ni santek..
aku: ntah la.. okai kot..
sepet: tgk la.. kan hantaran b nak bg bby handbag..
aku: (hanya mampu tersenyum je..)
sepet: bby nak yang mcm ne..
aku: ntah tataw... bby tataw ne yang sesuai dgn bby.. bby xpernah ad handbag... (tol2 ikhlas aku gtaw..)
sepet: tgk dulu.. pilih ne yang sesuai....
aku: seyes b.. bby xreti pilih handbag.. kang mcm mck2 lak..
sepet: amoi.. handbag ape yang santek... (bukan ckp dgn aku.. ckp dgn promoter cina...)
amoi: u tgk la.. ne yang santek.. yang mcm ni ke..(die angkt handbag tu.. aku ingt lagi kejadian tu berlaku...tp sowi la ye.. xrakam lak...nak tunjuk kt kowg...)
sepet: okai x bby...sambil tunjuk handbag tu kt aku...
*dari pengamatan aku.. sepet aku yang nak beli handbag.. aku dok sebelah mcm tataw.. pada hal mmg aku tataw pape..
aku: ntah erk b.. (tu je la jawapan aku dari awl die tye..)


da mmg aku tataw.. lagi pown watpe nak menipu.. kang yang kene pakai handbag tu pown aku.. mengong je erk.. tetibe aku terpikir.. aah erk selama ni mmg aku xpernah ad handbag.. sbb bagi aku penampilan ber:handbag: ni xsesuai mcm aku.. mcm akak2 je.. auww... aku ni agk brutal dulu.. that's y aku xpernah terlintas nak jadi wanita sejati yang serba serbi lengakp.. yang aku taw.. janji aju selesa dgn diriku... aku jenis yang simple.. bagi aku..SIMPLE ITU SEMPOI..  aku xsuka yang "berat2".. maksud aku... owg pandang aku nmpk sarat atau janggal... aku ni da la chubby pastu rendang je.. lagi nak over dress up.. oh no.. that is really not me.. really.. really.. really not me... i'm not just into it...

kalo aku jadi sepet.. ley berdarah ulu hati.. owg seyes aku nmpk main2.. pd hal aku mmg xtaw pape psl handbag... (only god knows why..) ye la jawapan aku semua (NTAH ERK.. TATAW LA..) tu je yang aku dok ulang lebih dari 10 kali soklan yang diajukan kepada ku... (sian dak bucuk aku...) saba je la b.. dapat GF mengong tongong mcm ni..pedulik ape aku.. mmg aku xtaw.. aku xsampai hati tgk die beria-ia.. aku ley ckp.."kalo b nak marah.. marah la.. bby mmg tataw pape pasal handbag...!!" cian die.. kalo tye sling bag aku mmg expert.. bagi aku.. mende tu sama je mcm handbag tp ley "sling"kan... mmg handbag pown ley sangkut.. tp da aku gemok handbag besar da mcm "mak bonda" da.. kalo handbag kecik kang kata catat  je dak COMEL tu.. or owg besar handbag kecik..eee xsesueyy nok..

bagi aku... itu adalh perkara yang amat memalukan @ kempem memalukan diri sendiri.. kira pakej la tu.. semua lengkap.. tp baik aku terus terang dari aku berlakon depan die.. ape yang aku tataw ckp tataw.. (byk je sbnrnya yang aku tataw.. ) xpe la b.. insya allah nti bby beruabh la menjadi pompuan tp xsejati sgt.. janji sempoi and selesa... teringat balik peristiwa tu.. aku rasa die ni agk penyabar gak la... die layan je kerenah aku yang empok ni... kalo dgn akak aku.. agknya da gado besar.. semua tataw.. eheh.. untung taw.. biar la salah sowg dari kami ni penyabar.. kang kalo dua2 penyabar baik sgt lak...

masalah skang aku masih terpikir.. handbag ape yangs sesuai dgn aku.. aku nak handbag yang nmpk sophisticated, simple.. tu je...jadi ley pakai wat g keje nti... xpown ley bawa g event2 besar.. cm dinner ke.. sbb design tu sesuai tok semua function.. demand nak tinggi... sebenarnya aku malu pakai handbag... aku rasa mcm xsesuai je.. tu sbbnya aku xsuka pakai handbag.. (^-^)..