Voting

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

!! A.d.s !!

Wednesday, September 1, 2010

!! Iklan Raya Petronas 2010 !!

PETRONAS mengappilkasikan 1 Malaysia di dalam iklannya... ini bukan kali pertama Petronas mengeluarkan idea2 yang berlainan utk menarik perhatian penonton.. walau pown perbelanjaan utk iklan adalah sgt mahal tp hasil yang lumayan juga mampu utk menyedarkan rakyat Malaysia yang berbilang kaum... bertemakan semangat 1 Malaysia.... iklan Petronas kali ni menampilkan kelainan dalam menyampaikan mesej kepada penonton....

terimalah iklan terbaru dari Petronas......


sekian, Salam 1 Malaysia
& Selamat Hari Raya =)

!! Tumpang Lalu !!

lawak pendek

Dua ekor ular terserempak di tepi semak
Ular 1 : ‘Eh bro..kita ini termasuk ular berbisa kan?’
Ular 2 : ‘Iya lah.naper?’
Ular 1 : dengan nada cemas: ‘Aduh..td gua tak sengaja tergigit lidah sendiri..’.
Ular 2: ‘Alamak..mati la lu bro’

Bush, Obama dan Ajoi
Bush & Obama duduk di sebuah bar.
Ajoi datang dekat dan bertanya – Apa yang korang bincangkan?
Bush: “Kami sedang merancang Perang Dunia ke-3.
Ajoi: “Really? Apa yang akan terjadi? “.
Bush: “Ya, kali ini kita akan membunuh 140 juta orang Arab & Angelina Jolie!”
Ajoi: “Angelina Jolie ..!!! Mengapa Angelina Jolie? ”
Bush menoleh ke Obama & berkata: “Tengok! aku dah kata , tak seorang pun yang ambil kisah tentang 140 juta orang yang terkorban.

Ajoi dan Wak Sumardi yang gagap:
Ajoi: Bro..lu kalau bercakap apasal putus2??
Wak Sumardi: ya la la kan aku ni ni me me mang mang ga ga ga ga gagap!
Ajoi: tp aku rasa bkn lu sorang jer yg gagap Wak…
Wak Sumardi: ya ya ya ia..lah je je Joi… bu bu bukan a a a a aku jer yang ga ga gap …ya ya ya yang baca ni………ga ga ga gagap juga kan?

!! Sudut Ilmiah @ Puasa Enam !!

PUASA ENAM IBARAT PUASA SETAHUN

Alhamdulillah kita tamat menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadhan ini. Sama-samalah kita mengharapkan mudah-mudahan Allah menerima amalan puasa kita. Di samping itu juga diharapkan agar latihan ibadat yang kita lakukan sepanjang Ramadhan seperti puasa, solat sunat, sedekah, bacaan Quran dapat diteruskan dalam bulan-bulan lain sehinggalah kita bertemu Ramadhan 1431H. akan datang.

Setiap amalan ada kesan dan hasilnya. Ibadat puasa Ramadhan ini mampu menjadikan kita orang yang bertakwa. Inilah intipati dari Ramadhan. Kelazatan puasa memuncak ketika berakhirnya Ramadhan. Kita inginkan keberkahan Ramadhan ini berpanjangan hingga setahun, tapi apakan daya ia datang hanya sebulan saja.

Sungguhpun begitu, kita masih berpeluang meneruskan puasa selepas 1 Syawal. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa 6 hari dalam bulan Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana 6 hari dalam bulan tersebut. Nabi Muhammad saw. bersabda "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa 6 hari dalam bulan Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh."

Sebagaimana yang diketahui semua amalan sunat adalah sebagai penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Sayugialah kita mengambil peluang ini untuk berpuasa 6 di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa bulan Ramadhan.